Tuesday, July 4, 2023

188,884 BUMIPUTERA TOLAK KE IPTA

 

PETALING JAYA : Sebanyak 188,884 atau 51 peratus pelajar bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menolak tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam tempoh tiga tahun sejak 2020. Mereka yang menolak peluang mendapat pendidikan tinggi itu adalah dalam kalangan 365,553 pelajar bumiputera yang ditawarkan tempat ke menara gading sepanjang tempoh tersebut. Jawapan Kementerian Pendidikan Tinggi kepada Dewan Negara.

(Utusan Malaysia, 4 Julai 2023)

Monday, July 3, 2023

KEPUTUSAN UPUONLINE SESI 1 2023/2024

 

Pemakluman : Keputusan permohonan ke universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti (KK) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) sesi akademik 2023/2024 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan Jumaat ini (7 Julai 2023).

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini, keputusan kemasukan di peringkat sijil, asasi dan diploma itu boleh disemak mulai 12 tengahari pada 7 Julai hingga 5 petang pada 16 Julai melalui platform dalam talian yang disediakan.

Tuesday, February 7, 2023

TARIKH-TARIKH PENTING UPUONLINE SESI 1 2023/2024

 


Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan UPUOnline bagi Sesi Akademik 2023/2024 bagi lepasan SPM & lpeasan STPM dan setaraf untuk makluman.

PERMOHONAN UPU ONLINE 2023/2024

 

Sesi permohonan UPUOnline bagi Sesi Akademik 2023/2024 telah pun dibuka. Ianya terbahagi kepada 2 fasa iaitu :

Fasa 1 :

  • Dibuka 07 Februari 2023 (12.00 tengahari)
  • Ditutup 28 Mac 2023 (5.00 petang)

Fasa 2 : 

  • Dibuka 15 Mei 2023 (12.00 tengahari)
  • Ditutup 12 Jun 2023 (5.00 petang)
  • Program pengajian bertemuduga dan/atau ujian tidak ditawarkan pada fasa ini.
Permohonan boleh dibuat dilaman web rasmi https://upu.mohe.gov.my/. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline (No.Unik ID BSN) bagi Sesi Akademik 2023/2024.



Sunday, January 8, 2023

SELAMAT TAHUN BARU 2023

 

Daripada Warga bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT.

Thursday, June 30, 2022

PERMOHONAN ONLINE DITUTUP

 

Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2022/2023 telah ditutup pada 28 Jun 2022 (Selasa) Jam 5.00 petang. Jangkaan tarikh hebahan keputusan UPUOnline bagi lepasan SPM adalah pada minggu ke 4 Julai 2022 dan lepasan STPM pada minggu ke 3 September 2022. Selamat Maju Jaya buat semua.

188,884 BUMIPUTERA TOLAK KE IPTA

  PETALING JAYA : Sebanyak 188,884 atau 51 peratus pelajar bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menolak tawaran kemasukan ke in...